Friday, October 14, 2016

Pengalaman proses visa untuk study di UK.

Assalamualaikum!

London, sebuah kota yang menyimpan 1001 sejarah yang bernilai. Bukan calang-calang orang dapat melawat London. Saya sangat bertuah kerana memperoleh peluang tersebut bersama keluarga pada 10 August yang lalu. Saya, ibu dan adik bertolak dari KLIA pada jam 9:50 pagi bersama Malaysia Airlines (MAHB) flight MH0001. Ayah dan kakak bertolak dari Cairo ke London pada tarikh yang sama. 

Banyak perkara yang kami pelajari apabila berada di London. Seminggu berada di sini dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak kurang juga banyak tempat yang kami lawati, seperti Palace of Westminster, Big Ben, Tasik Thames, Trafalgar Square, Malaysia Hall London dan banyak lagi. Tidak lupa juga trip kami pada 12 August menaiki bas National Express ke Kota Paris. Tujuan utama kami juga tidak dilupa, untuk mencari universiti yang menerima result saya. Banyak universiti yang dituju, seperti London School of Business and Finance, dan BPP University. Proses email berterusan walaupun kami telah selamat pulang ke Malaysia pada 17 August jam 5 petang. 

Alhamdulillah, agent BPP University, AUG Student Services di Penang telah menelefon saya untuk meneruskan proses ini. Amy, berusaha untuk menetapkan tempat buat saya kerana permohonan yang lewat. Intake di United Kingdom ialah pada bulan September, dan saya membuat permohonan pada bulan August (hahaha). Beberapa borang telah dihantar kepada saya untuk diisi, dan Alhamdulillah saya diterima untuk masuk ke BPP University intake September!

Ini antara dokumen yang diminta oleh mereka
1. A- Level
2. SPM 
3. Sijil English 1119 (SPM)
4. Passport baru dan lama (Jika ada)
5. Gambar bersaiz passport background putih
6. TB test 

Amy menyatakan sijil English 1119 perlu mencapai sekurang-kurangnya A, B, ataupun C, jika tidak perlu mengambil foundation untuk Bahasa Inggeris. Alhamdulillah sekali lagi, saya mendapat result C (Hehehe). Ini bermakna saya boleh terus melanjutkan pengajian saya di London. Yeayy!

Pembayaran pertama perlu dibuat, iaitu sebanyak £4350. Huhuhu salah satu perkara yang agak perit belajar di UK ni ialah pertukaran mata wang, (£1 = RM5.37).... Setelah pembayaran dibuat ,Amy terus memohon untuk visa saya ke UK. 

Kos untuk pembayaran visa ke UK adalah sebanyak USD$446. Anda juga wajib memohon Immigration Health Surcharge (IHS) dan kosnya ialah sebanyak USD$220 setahun. Dalam kes saya, kos IHS memerlukan pembayaran sebanyak USD$816. Semua pembayaran hanya boleh dilakukan melalui credit card. Uhhh....sakit jugak la dengar jumlah tu. Jumlah dalam duit Malaysia adalah sebanyak RM5311.57.

Lepas tu kena pergi buat TB test. Amy menyatakan Life Care hospital di Jalan Bangar, Kuala Lumpur adalah yang terpantas dalam mengeluarkan keputusan ujian pada hari yang sama. Saya pun bertolak ke Hospital tersebut pada 6 September lepas. Anda akan dapat borang TB test untuk diisi. Borang pertama adalah percuma, borang kedua atau ketiga akan dicas RM1 setiap satu. SEMUA MAKLUMAT PERLU DIISI DENGAN TEPAT TANPA KESALAHAN. Nampak senang kan, tapi saya isi 3 kali jugak laa...kena cas RM2 ringgit huhu. Anda kena bertolak awal ke Hospital tersebut kerana terrrrlalu ramai orang nak buat TB test jugak. Kos untuk test ini adalah sebanyak RM232.20. Akhirnya, dekat tengahari jugak laa baru dapat result.(of course bebas TB).

Amy juga telah menetapkan appoitment saya untuk pengurusan visa di VFS Kuala Lumpur Visa Application Centre pada 8 Semtember. Tempat ni pun kena pi awal jugak, sebab permohonan visa ke Canada dan Australia adalah di tempat yang sama. Kena bayar lagi untuk priority service sebanyak RM840 (proses yang lebih pantas, dalam 5-7 hari). Ini kerana saya apply lambat, nak bagi sama dengan tarikh tiket flight. Tiada banyak masalah dalam proses ini, bila dipanggil nombor, pergi ke kaunter bagi borang2 yang diperlukan, ambil gambar dan cap jari di bilik yang berbeza. Ini adalah untuk pemprosesan Biometric Residence Permit(BRP) yang akan diambil di London nanti.

Akhirnya, pada 13 September, saya mendapat email yang permohonan saya sudah selesai. Jika memohon untuk dipos ke rumah, cas akan dikenakan sebanyak RM42( mak aii baik pi ambil sendiri). Keesokan harinya, saya terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk collect borang2 saya.

Anda akan dapat kembali passport, TB test, borang2 yang berkaitan dan borang UKVI10. Borang UKVI10 ini amat penting untuk collect BRP di UK nanti. Amy minta kami ke AUG Penang sekali lagi untuk menyusun semua borang2 saya untuk pemeriksaan terakhir di Imigration UK nanti.

Akhirnya, selamat berlepas ke Heathrow pada 23 September dengan ayah saya. Kami terbang dari Penang ke KLIA pada pukul 6;30 pagi dan KLIA Heathrow pada jam 9;45 pagi. Ini akan jadi pengalaman yang amat saya ingati sepanjang hidup saya.

So, jumlah kos saya melanjutkan pelajaran ke London,
1. Tiket kapal terbang Penang KL - RM225
2. Tiket kapal terbang KL Heathrow - RM1400
3. Bayaran permulaan untuk kos study di BPP - RM22326.71 (£4370)
4. Bayaran untuk Visa - RM1877.68 (USD$446)
5. Bayaran untuk IHS - RM3435.40 (USD$816)
6. TB test - RM232.20
7. Priority service untuk visa - RM840

Banyak tuu... Saya mesti belajar bersungguh2 di BPP untuk membalas jasa mak ayah saya membayar kos2 tersebut...sob2

Hahaha itu sahaja kot untuk post kali ini. Jumpa lagi di post akan datang. Assalamualaikum!