Wednesday, February 7, 2018

Bangga dengan Negara

Hai semua!

Kadang2 aku rasa pelik jugak dengan sesetengah ahli politik yang menyatakan malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di negara lain. Mereka menyatakan mereka adalah warganegara Thailand ataupun Burnei.

Maksud aku, di manakah semangat cintakan negara mereka? Ya tidak dinafikan negara Malaysia mempunyai masalah politik yang perlu diselesaikan. Tetapi, hampir semua negara lain di dunia ini mempunyai masalah yang sama. Sebagai contoh, Arab Saudi, Amerika Syarikat, United Kingdom turut mempunyai masalah yang sama, bahkan ada yang lebih teruk lagi.

Aku beruntung bapa aku selalu membawa setiap ahli keluarga berjalan2. Macam aku, setiap kali aku berada di luar negara, aku berasa cukup gah dan bangga mengaku sebagai rakyat Malaysia. Kalau ada yang bertanya tentang hal politik di Malaysia, aku cakap sahaja memang ada masalah yang teruk di Malaysia, tapi ada usaha untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik, dan aku merupakan salah seorang yang menyertai pergerakan itu.

Mungkin ini salah satu modal yang dimainkan ahli politik untuk meraih undi dalam pilihanraya, tetapi takkanlah sampai kerakyatan sendiri dipertikai?

Ini cuma pandangan aku sahaja. Bolehlah renung-renungkan dan pertikai.