Wednesday, February 7, 2018

Bangga dengan Negara

Hai semua!

Kadang2 aku rasa pelik jugak dengan sesetengah ahli politik yang menyatakan malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di negara lain. Mereka menyatakan mereka adalah warganegara Thailand ataupun Burnei.

Maksud aku, di manakah semangat cintakan negara mereka? Ya tidak dinafikan negara Malaysia mempunyai masalah politik yang perlu diselesaikan. Tetapi, hampir semua negara lain di dunia ini mempunyai masalah yang sama. Sebagai contoh, Arab Saudi, Amerika Syarikat, United Kingdom turut mempunyai masalah yang sama, bahkan ada yang lebih teruk lagi.

Aku beruntung bapa aku selalu membawa setiap ahli keluarga berjalan2. Macam aku, setiap kali aku berada di luar negara, aku berasa cukup gah dan bangga mengaku sebagai rakyat Malaysia. Kalau ada yang bertanya tentang hal politik di Malaysia, aku cakap sahaja memang ada masalah yang teruk di Malaysia, tapi ada usaha untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik, dan aku merupakan salah seorang yang menyertai pergerakan itu.

Mungkin ini salah satu modal yang dimainkan ahli politik untuk meraih undi dalam pilihanraya, tetapi takkanlah sampai kerakyatan sendiri dipertikai?

Ini cuma pandangan aku sahaja. Bolehlah renung-renungkan dan pertikai.  

Tuesday, May 16, 2017

Hari Guru 2017 : Kenangan seumur hidup

Hari Guru 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam (16 Mei). Pastinya sambutan pada tahun ini lebih meriah daripada tahun2 yang sebelumnya. Guru merupakan pembina bangsa yang mesti kita hormat dan Hari Guru ini berjaya menonjolkan penghargaan semua orang terhadap bangsa pendidik ini.

Walaupun saya sudah meninggalkan alam persekolahan 3 tahun yang lalu, terdapat 1001 kenangan manis yang akan saya bawa sepanjang hayat saya. Disebabkan itu, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya bersama guru2 di sekolah menengah.

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah untuk subjek Bahasa Melayu di tingkatan 2 pastinya tidak akan dilupakan. Apabila tiba giliran saya untuk bercakap di hadapan kelas, Cikgu Fauziah pastinya pening kepala kerana saya TIDAK bercakap lansung. Rakan2 memberi idea bercerita pengalaman saya ke luar negara kerana kebetulan saya baru pulang bercuti daripada China. Namun, saya diam seribu kata. Akhirnya, Cikgu Fauziah menyuruh saya membuat ujian itu minggu hadapan, dan saya berjaya bercerita :)

Cikgu Nordin, Guru Cemerlang Matematik di tingkatan 3 pasti masih mengingati saya hingga kini. Saya merupakan antara pelajar 'flying colours' dalam kelas beliau. Bermula kelas pertama, beliau memandang saya dan berkata ' aih muka hang macam Sobri Yunus (pelawak) la', dan menggelarkan saya SY sepanjang tahun itu. Hasilnya, saya semakin rapat dengan beliau dan berjaya mencedok ilmu sebanyak mungkin.:)

Peperiksaan di tingkatan 4 masih membuatkan rakan2 saya ketawa hingga kini. Ketika saya sudah habis menjawab kertas peperiksaan, saya menenangkan diri dan 'relaks' sebentar menunggu waktu peperiksaan tamat. Melihat pembaris besi di sata meja, tanpa sengaja saya telah teterbih/tersatrlight ke besi di meja. Tangg bunyi. Seluruh kelas menyangkakakn saya tidur dan menghempap meja. Cikgu Yusma terus menyergah saya ' Hoii! Hang isap dadah ka??!!' dengan loghat utara beliau. :)

Kesimpulannya, setiap pelajar harus berusaha untuk mencari pengalaman di sekolah dan rapat dengan guru2. Kini, saya hanya boleh tersenyum memikirkan kenangan2 indah ketika di bangku sekolah bersama rakan2 dan guru2.

Tuesday, April 25, 2017

Pembayaran Digital : Kenapa ianya penting

Kalau kita lihat, Negara2 maju di Eropah dan Amerika semakin maju kehadapan selangkah daripada negara lain. Ini termasuk juga dengan transaksi harian yang berlaku.

Kalau ikut pengalaman saya, 7 bulan menetap di kota London telah merubah minda dan pandangan saya 360 darjah daripada sebelum ini. Sejak daripada hari pertama saya menjejak kaki di sini, hampir semua transaksi dijalankan dalam bentuk digital (digital payment).

  • Apabila hendak menaiki pengangkutan awam (public transport) seperti bas dan tren bawah tanah       (Underground tube), perlu membeli kad Oyster, menggunakan kad kredit, atau telefon pintar (smartphone). Tiada transaksi wang di atas bas.
  • Kedai2 runcit seperti Sainsbury, Tesco dan ASDA semuanya mempunyai kaunter pembayaran layan diri (Self-service checkout). Pelanggan boleh menggunakan wang, kad kredit, atau smartphone. 
  • Pembelian secara online (online shopping) begitu meluas di United Kingdom. Hampir semua barang2 dapur boleh dibeli secara online di laman web syarikat2 besar seperti Tesco. Hanya scroll apps di telefon pintar atau komputer dan dengan satu klik, barang2 tersebut akan dihantar ke rumah. Ini tidak termasuk Amazon UK yang sangat popular untuk pembelian pelbagai barang online.
Ini sangat berlainan dengan negara Malaysia apabila penggunaan digital payment ini masih di tahap permulaan. London yang turut dikenali sebagai salah sebuah pusat kewangan utama di dunia (financial capital of the world) dilihat akan bergerak lebih pantas dalam penggunaan wang digital ini.

Banyak kesan yang diberi apabila dunia berubah kepada digital payment ini. Salah satu isu yang hangat didebatkan ialah tentang pekerjaan (Employment). Kerja2 semua boleh dilaksanakan menggunakan mesin membiarkan orang tidak diambil kerja. Kadar rakyat yang tidak bekerja akan meningkat, secara teori. Berita baiknya ialah ada jutaan kerja baharu yang bakal diwujudkan hasil daripada penggunaan bayaran digital ini.

Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat apa kesan yang bakal diterima pada masa akan datang. Jadi bersediakah kita melaluinya?

Saturday, April 15, 2017

Kenapa kita boleh travel Eropah tanpa menghadap immigration?

Assalamualaikum!

Kenapa orang boleh travel Eropah tanpa menghadap immigration? Mesti ada yang tertanya2 kan? Jawapannya ialah Schengen Area.

Apa itu Schengen Area?

'Schengen Area adalah sebuah perjanjian diantara negara2 yang terlibat untuk memberi kebebasan perjalanan antara negara2 tersebut. Ia ditandatangani pada tahun 1985, bermula dengan hanya 5 negara, Perancis, Jerman, Belgium, Luxemburg, dan Belanda. Sejak daripada itu, kawasan Schengen (Schengan Area) berkembang dengan pesat apabila 26 negara Eropah telah menyertai kawasan Schengen hari ini.' *
(Sumber : https://www.schengenvisainfo.com/schengen-agreement/)

Pada dasarnya, Negara2 Schengen telah memansuhkan kawalan imigration untuk membolehkan kebebasan perjalanan untuk orang, barangan dan lain2.
26 negara yang terlibat adalah:
(Sumber : https://www.schengenvisainfo.com/schengen-visa-countries-list/)

Walaubagaimanapun, bukan setiap negara EU menyertai Schengen Area ini. Antara negara Eropah yang tidak terlibat adalah:

  • United Kingdom
  • Ireland
  • Croatia
  • Bulgaria
  • Romania
  • Cyprus
Sebab itu, bila kita sampai di United Kingdom, untuk menyeberang Selat Inggeris, kita kena menghadap immigration British dan immigration Perancis. United Kingdom tidak termasuk dalam senarai negara Schengen.

Selain itu, bukan setiap negara dibenarkan untuk travel tanpa visa (Visa-free) di negara Schengen. Malaysia bertuah kerana nama negara kita tidak tersenarai untuk negara yang wajib memohon Schengen Visa.

Oleh itu, terjawablah persoalan awal kita, iaitu negara2 di Eropah menyertai Perjanjian Schengen, yang membolehkan kita travel tanpa menghadap imigresion. Diharapkan anda paham penjelasan yang diberikan. Terima kasih untuk masa anda membaca post ini!


Friday, December 16, 2016

Perbezaan kad diskaun KTMB i-Card student dan Komuter Link Pelajar (Updated)

Assalamualaikum!
Kali ni saya nak share apa perbezaan i-card student dan Komuter Link Pelajar. Dua2 kad ini berasal daripada syarikat yang sama, iaitu KTMB.


Kalau anda baca post saya yang lepas, i-card student ni dapat memberi diskaun 50% untuk komuter di Lembah Klang dan 40% untuk ETS. Walaubagaimanapun, bermula 1 Januari 2017, diskaun untuk i-card student hanya dapat memberi diskaun 40% untuk ETS sahaja. Ini kerana system baharu KTMB menampilkan kad baharu, Komuter Link pelajar yang memberi diskaun 50% untuk komuter di Lembah Klang.


Dahulu:
1. i-card student : 50% diskaun komuter dan 40% diskaun untuk ETS


Kini:
1. i-card student : 40% diskaun ETS
2. Komuter Link Pelajar : 50% diskaun Komuter




(Diambil dari laman web KTMB)


Kiranya KTMB nak buat system 2 kad la sekarang ni. Nak mohon pun boleh buat online ja sekarang.


Klik DI SINI untuk permohonan online, kemudian pilih kad yang diperlukan (Kalau Student, Pilih yang student punya option)


Itu sahaja kut, saja nak clarify balik sebab KTMB buat system baru ni. Ada apa2 soalan boleh comment di bawah. Peace dan Assalamualaikum!

Friday, October 14, 2016

Pengalaman proses visa untuk study di UK.

Assalamualaikum!

London, sebuah kota yang menyimpan 1001 sejarah yang bernilai. Bukan calang-calang orang dapat melawat London. Saya sangat bertuah kerana memperoleh peluang tersebut bersama keluarga pada 10 August yang lalu. Saya, ibu dan adik bertolak dari KLIA pada jam 9:50 pagi bersama Malaysia Airlines (MAHB) flight MH0001. Ayah dan kakak bertolak dari Cairo ke London pada tarikh yang sama. 

Banyak perkara yang kami pelajari apabila berada di London. Seminggu berada di sini dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak kurang juga banyak tempat yang kami lawati, seperti Palace of Westminster, Big Ben, Tasik Thames, Trafalgar Square, Malaysia Hall London dan banyak lagi. Tidak lupa juga trip kami pada 12 August menaiki bas National Express ke Kota Paris. Tujuan utama kami juga tidak dilupa, untuk mencari universiti yang menerima result saya. Banyak universiti yang dituju, seperti London School of Business and Finance, dan BPP University. Proses email berterusan walaupun kami telah selamat pulang ke Malaysia pada 17 August jam 5 petang. 

Alhamdulillah, agent BPP University, AUG Student Services di Penang telah menelefon saya untuk meneruskan proses ini. Amy, berusaha untuk menetapkan tempat buat saya kerana permohonan yang lewat. Intake di United Kingdom ialah pada bulan September, dan saya membuat permohonan pada bulan August (hahaha). Beberapa borang telah dihantar kepada saya untuk diisi, dan Alhamdulillah saya diterima untuk masuk ke BPP University intake September!

Ini antara dokumen yang diminta oleh mereka
1. A- Level
2. SPM 
3. Sijil English 1119 (SPM)
4. Passport baru dan lama (Jika ada)
5. Gambar bersaiz passport background putih
6. TB test 

Amy menyatakan sijil English 1119 perlu mencapai sekurang-kurangnya A, B, ataupun C, jika tidak perlu mengambil foundation untuk Bahasa Inggeris. Alhamdulillah sekali lagi, saya mendapat result C (Hehehe). Ini bermakna saya boleh terus melanjutkan pengajian saya di London. Yeayy!

Pembayaran pertama perlu dibuat, iaitu sebanyak £4350. Huhuhu salah satu perkara yang agak perit belajar di UK ni ialah pertukaran mata wang, (£1 = RM5.37).... Setelah pembayaran dibuat ,Amy terus memohon untuk visa saya ke UK. 

Kos untuk pembayaran visa ke UK adalah sebanyak USD$446. Anda juga wajib memohon Immigration Health Surcharge (IHS) dan kosnya ialah sebanyak USD$220 setahun. Dalam kes saya, kos IHS memerlukan pembayaran sebanyak USD$816. Semua pembayaran hanya boleh dilakukan melalui credit card. Uhhh....sakit jugak la dengar jumlah tu. Jumlah dalam duit Malaysia adalah sebanyak RM5311.57.

Lepas tu kena pergi buat TB test. Amy menyatakan Life Care hospital di Jalan Bangar, Kuala Lumpur adalah yang terpantas dalam mengeluarkan keputusan ujian pada hari yang sama. Saya pun bertolak ke Hospital tersebut pada 6 September lepas. Anda akan dapat borang TB test untuk diisi. Borang pertama adalah percuma, borang kedua atau ketiga akan dicas RM1 setiap satu. SEMUA MAKLUMAT PERLU DIISI DENGAN TEPAT TANPA KESALAHAN. Nampak senang kan, tapi saya isi 3 kali jugak laa...kena cas RM2 ringgit huhu. Anda kena bertolak awal ke Hospital tersebut kerana terrrrlalu ramai orang nak buat TB test jugak. Kos untuk test ini adalah sebanyak RM232.20. Akhirnya, dekat tengahari jugak laa baru dapat result.(of course bebas TB).

Amy juga telah menetapkan appoitment saya untuk pengurusan visa di VFS Kuala Lumpur Visa Application Centre pada 8 Semtember. Tempat ni pun kena pi awal jugak, sebab permohonan visa ke Canada dan Australia adalah di tempat yang sama. Kena bayar lagi untuk priority service sebanyak RM840 (proses yang lebih pantas, dalam 5-7 hari). Ini kerana saya apply lambat, nak bagi sama dengan tarikh tiket flight. Tiada banyak masalah dalam proses ini, bila dipanggil nombor, pergi ke kaunter bagi borang2 yang diperlukan, ambil gambar dan cap jari di bilik yang berbeza. Ini adalah untuk pemprosesan Biometric Residence Permit(BRP) yang akan diambil di London nanti.

Akhirnya, pada 13 September, saya mendapat email yang permohonan saya sudah selesai. Jika memohon untuk dipos ke rumah, cas akan dikenakan sebanyak RM42( mak aii baik pi ambil sendiri). Keesokan harinya, saya terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk collect borang2 saya.

Anda akan dapat kembali passport, TB test, borang2 yang berkaitan dan borang UKVI10. Borang UKVI10 ini amat penting untuk collect BRP di UK nanti. Amy minta kami ke AUG Penang sekali lagi untuk menyusun semua borang2 saya untuk pemeriksaan terakhir di Imigration UK nanti.

Akhirnya, selamat berlepas ke Heathrow pada 23 September dengan ayah saya. Kami terbang dari Penang ke KLIA pada pukul 6;30 pagi dan KLIA Heathrow pada jam 9;45 pagi. Ini akan jadi pengalaman yang amat saya ingati sepanjang hidup saya.

So, jumlah kos saya melanjutkan pelajaran ke London,
1. Tiket kapal terbang Penang KL - RM225
2. Tiket kapal terbang KL Heathrow - RM1400
3. Bayaran permulaan untuk kos study di BPP - RM22326.71 (£4370)
4. Bayaran untuk Visa - RM1877.68 (USD$446)
5. Bayaran untuk IHS - RM3435.40 (USD$816)
6. TB test - RM232.20
7. Priority service untuk visa - RM840

Banyak tuu... Saya mesti belajar bersungguh2 di BPP untuk membalas jasa mak ayah saya membayar kos2 tersebut...sob2

Hahaha itu sahaja kot untuk post kali ini. Jumpa lagi di post akan datang. Assalamualaikum!

Sunday, July 31, 2016

Pertama kali mencuba UBER, okay ka tak?

Assalamualaikum!
Kecoh seluruh Malaysia apabila perkhidmatan Uber mula beroperasi di negara ini, terutamanya pemandu teksi. Ini kerana, mereka mendakwa perkhidmatan teksi mereka 'diganggu' oleh perkhidmatan Uber ini.

Apa itu Uber?
Uber Technologies Inc. is an American multinational online transportation network company headquartered in San Francisco, California. 
* sumber dari wikipedia

So basically, perkhidmatan Uber ini adalah seperti kereta sewa dan pemandu peribadi. Jadi, Uber vs Taxi : Siapa menang, Siapa senang?
Saya memilih perkhidmatan Uber. Beberapa kelebihan Uber daripada Teksi yang boleh saya kongsikan untuk anda.

Kelebihan perkhidmatan Uber:
1. Mesra pengguna
Sesiapa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan Uber ini. Founder Uber ,Travis Kalanick dan Garrett Camp telah mengkaji dengan baik tentang kelemahan perkhidmatan Teksi, dan muncul dengan sistem Uber. Pemandu dan pengguna yang hanya tahu destinasi akan menggunakan perkhidmatan Waze untuk tiba di tempat yang dituju. Secara mudah, 'newbie' pun boleh menggunakan Uber.

2. Telus dan jelas
Sistem Uber menekankan ketelusan dalam perkhidmatan mereka. Sebelum memulakan perjalanan, pengguna boleh memeriksa anggaran kos untuk ke destinasi.

Setelah tamat perjalanan, resit elektronik akan diperoleh, memaparkan setiap kos yang dikenakan, dan dihantar ke email. Ini menunjukkan Uber sangat jelas dan telus.

3. User Interface (UI) yang sangat menarik
Apabila kita membuat pilihan destinasi dan meminta perkhidmatan Uber, setiap ciri2 pemandu kita,(no plat, jenis kereta, rating, dan masa untuk tiba) akan dipaparkan.

Mudah bukan? Tak kena cakap apa2 pun, hanya masukkan lokasi dan pemandu akan tiba dalam masa yang ditetapakan.

4. Pemandu peramah dan kereta baru
Dalam syarat2 untuk menjadi pemandu Uber, pemandu mestilah warganegara malaysia, dan kereta mestilah berusia 8 tahun dan ke atas. Kereta pula mestilah bersih dan kemas. Ini memberi pengalaman yang menarik untuk pengguna Uber dalam perjalanan mereka.

Saya adalah pengguna Uber yang agak kerap dan dari pengalaman saya, perkhidmatan ini sangat memudahkan perjalanan saya.

Jadi jelas, dari pandangan saya, perkhidmatan Uber adalah lebih baik daripada majoriti pemandu teksi. Memang ada pemandu teksi yang telus dan bagus, namun perkhidmatan Uber menekankan semua pemandu mereka telus dalam pengiraan tambang dan pemanduan. Mungkin anda ada pandangan yang tersendiri, bolehlah kongsikan di ruangan komen dibawah.

Itu sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum!