Tuesday, May 16, 2017

Hari Guru 2017 : Kenangan seumur hidup

Hari Guru 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam (16 Mei). Pastinya sambutan pada tahun ini lebih meriah daripada tahun2 yang sebelumnya. Guru merupakan pembina bangsa yang mesti kita hormat dan Hari Guru ini berjaya menonjolkan penghargaan semua orang terhadap bangsa pendidik ini.

Walaupun saya sudah meninggalkan alam persekolahan 3 tahun yang lalu, terdapat 1001 kenangan manis yang akan saya bawa sepanjang hayat saya. Disebabkan itu, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya bersama guru2 di sekolah menengah.

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah untuk subjek Bahasa Melayu di tingkatan 2 pastinya tidak akan dilupakan. Apabila tiba giliran saya untuk bercakap di hadapan kelas, Cikgu Fauziah pastinya pening kepala kerana saya TIDAK bercakap lansung. Rakan2 memberi idea bercerita pengalaman saya ke luar negara kerana kebetulan saya baru pulang bercuti daripada China. Namun, saya diam seribu kata. Akhirnya, Cikgu Fauziah menyuruh saya membuat ujian itu minggu hadapan, dan saya berjaya bercerita :)

Cikgu Nordin, Guru Cemerlang Matematik di tingkatan 3 pasti masih mengingati saya hingga kini. Saya merupakan antara pelajar 'flying colours' dalam kelas beliau. Bermula kelas pertama, beliau memandang saya dan berkata ' aih muka hang macam Sobri Yunus (pelawak) la', dan menggelarkan saya SY sepanjang tahun itu. Hasilnya, saya semakin rapat dengan beliau dan berjaya mencedok ilmu sebanyak mungkin.:)

Peperiksaan di tingkatan 4 masih membuatkan rakan2 saya ketawa hingga kini. Ketika saya sudah habis menjawab kertas peperiksaan, saya menenangkan diri dan 'relaks' sebentar menunggu waktu peperiksaan tamat. Melihat pembaris besi di sata meja, tanpa sengaja saya telah teterbih/tersatrlight ke besi di meja. Tangg bunyi. Seluruh kelas menyangkakakn saya tidur dan menghempap meja. Cikgu Yusma terus menyergah saya ' Hoii! Hang isap dadah ka??!!' dengan loghat utara beliau. :)

Kesimpulannya, setiap pelajar harus berusaha untuk mencari pengalaman di sekolah dan rapat dengan guru2. Kini, saya hanya boleh tersenyum memikirkan kenangan2 indah ketika di bangku sekolah bersama rakan2 dan guru2.