Monday, March 14, 2016

Pengalaman menaiki tren ETS Kl Sentral ke Butterworth ( Yay or Nay?)

Assalamualaikum!

Memandangkan perkembangan teknologi dunia yang makin pesat, Malaysia turut mengikuti arus tersebut dengan membina tren eletrik daripada KTMB ( ETS ). Sebenarnya saya dah banyak kali naik tren ets ni balik rumah di Pulau Pinang. Posting kali ni adalah untuk berkongsi pengalaman saya menaiki tren ETS.

  Okay. Ada 2 cara nak beli tiket ETS ni. Antaranya ialah:
1. Online
2. Kaunter KTMB

 Kalau hampa sibuk, kalut, boleh la book tiket ETS ni secara online. Bukak page ni (https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx) kalau nak booking online.
Kena booking awai2 sikit, takut nanti tiket takdak.

  Memandangkan saya ada kad ktmb i- student, saya kena pi dekat stesen KTMB Kl Sentral untuk dapatkan diskaun. Ambik nombor sat ja, nombor akan dipanggil.
Seperti yang diberitahu oleh kak KTMB tu, harga tiket ETS Kl Sentral ke Butterworth ialah RM59. Tapi dengan adanya i- student card, harga dipotong menjadi RM39 ( RM20 hengget tuu..). Online x dapat. Takpa lah bersusah-susah dulu ya dak?

  Dah siap semua barang nak bawak balik, saya terus ke stesen KTMB Kl Sentral dari LRT Kelana Jaya. Seelok-eloknya, hadirkan diri 30 minit sebelum berlepas ( bukan apa, takmau kalut ja)

  Sampai2 ja, terus ke Gate B(tren yang ke utara). Kalau Gate A, tren yang ke selatan . Pastikan pintu gate anda dulu ya.

  10 minit sebelum perlepasan, pegawai KTMB akan lepaskan penumpang untuk turun ke bawah tanah. Ada seorang pegawai KTMB lagi yang bertugas untuk membantu penumpang mencari koc mereka.
 
   Masuk ja dalam train, tercari2 jugak tempat duduk. Tapi Alhamdulillah jumpak jugak. Koc yang paling hujung pulak tu. 

  Dalam tren, macam2 ada. Ada movie yang ditayangkan,( waktu saya naik tu cerita harry potter) , kafe makanan dan minuman ( koc C ) , surau (ha ada surau kot), tandas( oku punya pun ada) , dan macam2 lagi.






  Surau dalam tren ni pakai kompas, so kot mana dia tala, kot tu la kita solat. Alhamdulillah dapat solat jamak maghrib dengan isyak dalam tren ni. Sejadah dan kain telekung pun disediakan.

  Sedikit kelemahan kafe ni, harga makanan terlalu mahal. Air masak botol kecik rm2.10 😱. Beli roti laa sebelum naik tren.

  Perjalanan ke butterworth ambik masa 3 jam 53 minit. Kelajuan maksimum tren ETS nih boleh mencapai 160km/h.
 Kelajuan maksimum yang dicapai masa saya naik haritu. Boleh tahan la kann..

  Kalau anda seorang yang suka jalan dari koc ke koc, butang bukak pintu ni la yang paling seronok untuk ditekan ( hehehe )

Alhamdulillah naik pukul 6:35 petang, sampai pukul 10:43 malam. Sebab dah takdak bas ke Permatang Pauh, Ummi pun mai ambik.

  Hahaha konklusinya naik ETS ni memang berbaloi daripada naik bas dan kereta ( tol, masa dan lain2). Selesa, tenang, seronok, dan macam2 lagi lah. So, saya memilih yay untuk tren ETS nih. Itu saja untuk posting kali ni. Jumpa lagi! Assalamualaikum dan peace.

Saturday, March 12, 2016

Pengalaman buat Student Card RapidKL 2016 (MYrapid Concession Card)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah dapat jugak buat post RapidKL student card nih. Bagi yang dah baca post saya sebelum ni, pasti tertunggu-tunggu post untuk RapidKL nih. Macam biasa,

APA KELEBIHAN BUAT STUDENT CARD RAPIDKL NIH?

Haa... meh tengok


Dapat DISKAUN 50% untuk Bus, Lrt , Bus Rapid Transit (BRT) Sunway Line dengan Monorail RapidKL. Perghh berbaloi2 brader kalau selalu guna perkhidmatan awam kat KL nih.Boleh tengok laman web myrapid sendiri ( www.myrapid.com.my/tickets-fares/concession-cards ). Tunggu lagi, jom kita buat!

PERKARA2 YANG PERLU DIBAWA UNTUK DIPROSES:
1. Dua borang Myrapid yang boleh didownload di sini.

2. Wang RM10 ( RM5 harga kad, RM5 preload dalam kad. Nak tambah kena reload la lepas tu)

3. Confirmation Letter dari Universiti kalau dah belajar di Uni.

Ramai yang tertanya2 pasai confirmation letter nih. Kalau KTMB i-student card haritu, ada format borang dah disediakan oleh pihak KTMB. Awai2 dulu pun saya pening jugak pasai confirmation letter nih. Ha mai saya nak terang.

Confirmation letter ni perlu untuk menunjukkan anda masih seorang pelajar di universiti yang berkaitan. Pi kat department anda ataupun student record office dan mintak confirmation letter dan kata untuk RapidKL. Macam saya, Unitar International University Kelana Jaya ada counter untuk pelbagai enquiries bagi semua student.
Hahaa sampai kena ambik nombor. Macam bank bhai. Alhamdulillah pi mintak confirmation letter dia bagi satu form kena isi. Hantaq hari tu jugak. Esoknya dah siap.
Contoh Confirmation letter. Sorry kabur sikit. Tapi boleh baca kot noh.

Dah siap semua form, kena pi stesen LRT Pasar Seni. Tang situ ja boleh buat student card nih. Leceh la sikit, tapi kena la ada usaha kan...
Turun-turun stesen lrt tu, sebelah setesen bas ada rumah kecil untuk RapidKL. Masuk2 ambik number, bagi borang, tunjuk I/C, setel.

Alhamdulillah time pi haritu x ramai sangat orang. Dapatlah setelkan semuanya dalam masa yang singkat. Tapi nak proses kad kena tunggu dua minggu, baru dapat. Hmm lama gak la. Nanti dah dapat kad saya upload gambar di sini ya.
Resit menunggu.
*UPDATE : nindia gambaq student card

Peace dan Assalamualaikum!

Thursday, March 3, 2016

Pengalaman membuat kad diskaun KTMB i-Card student 2016

Assalamualaikum!

   Sejak2 menghadiri Unitar International University, Kelana Jaya , banyak benefit yang saya peroleh sebagai seorang student. Mostly mendapat benefit diskaun untuk transportation. Saya tertarik untuk mencari alternatif lain untuk pulang ke kampung halaman di Permatang Pauh, Pulau Pinang kerana menaiki bas mengambil masa yang agak lama ( 4-5 jam ) dari Bandar Tasik Selatan ke Butterworth. Saya ada terbaca tren ETS KTMB hanya mengambil masa 3 jam 54 minit (roughly 4 jam) untuk ke Butterworth.

   Jika dahulu dengan hanya menunjukkan student card kita boleh mendapatkan diskaun, namun KTMB telah memperkenalkan i-Card student. Ini untuk mengelakkan pelajar yang telah tamat pengajian menyalahgunakan student card untuk mendapatkan diskaun. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat KTMB i-Card student ini.

APA KELEBIHAN KTMB i-CARD STUDENT INI?

   Jika anda menggunakan perkhidmatan komuter dan Intercity & ETS dengan kerap, maka kad ini berbaloi2 untuk anda. Rujuk rajah di bawah:    
   Diskaun ini layak untuk semua koc. Walaubagaimanapun, diskaun sebanyak 50% bagi perkhidmatan KTMB Komuter ini hanya tertakluk kepada pengguna KTMB i-Card Student di sektor Batu Caves - Port Klang dan Tanjung Malim / Rawang - Seremban / Gemas sahaja. Berbaloi kan? Jom kita buat!

PERKARA YANG PERLU DIBAWA

1. Salinan Kad pengenalan
2. Salinan student card
3. Borang KTMB
4. Borang pengesahan pelajar 
5. Wang RM31.80

BORANG MUKA HADAPAN

BORANG MUKA BELAKANG

SURAT PENGESAHAN PELAJAR

Dah siap isi, kena hantar ke KTMB. Memandangkan KL Sentral agak dekat dengan universiti saya, Saya terus ke kaunter KTMB di kaunter 9 & 10, Tingkat 2 , KL Sentral. Jika ke KL Sentral, kad akan disiapkan dalam masa sehari sahaja. 

   Namun, dalam sehari pihak KTMB hanya memproses 300 permohonan kad sahaja di KL Sentral. Kena pi awai2. Haritu saya pi pukul 10:30 pagi permohonan sudah ditutup. Frust betul. Kali kedua saya pi pukul 7:40 pagi. Tu pun jenuh beratur . Saya dapat no 50. Dalam pukul 12 tengahari sudah siap.

   Jika anda berada jauh dari KL Sentral, ini senarai stesen yang anda boleh hantar untuk diproses. Resit akan diberikan untuk rujukan mendapatkan diskaun. Pihak KTMB akan menghubungi permohonan yang berjaya diproses melalui telefon dan email.


Dah siap!! Style kan? Lepas ni boleh la naik tren ETS kerap-kerap.

Diharap perkongsian ini mampu membantu anda membuat KTMB i-Card student. Gunakan hak anda sebagai seorang student untuk mendapat benefit.

Nantikan perkongsian membuat student kad untuk RapidKL pula ya! Peace dan Assalamualaikum

**PROSES PERMOHONAN INI SAH PADA TARIKH POST INI DIBUAT