Assalamualaikum!
Kali ni saya nak share apa perbezaan i-card student dan Komuter Link Pelajar. Dua2 kad ini berasal daripada syarikat yang sama, iaitu KTMB.
Kalau anda baca post saya yang lepas, i-card student ni dapat memberi diskaun 50% untuk komuter di Lembah Klang dan 40% untuk ETS. Walaubagaimanapun, bermula 1 Januari 2017, diskaun untuk i-card student hanya dapat memberi diskaun 40% untuk ETS sahaja. Ini kerana system baharu KTMB menampilkan kad baharu, Komuter Link pelajar yang memberi diskaun 50% untuk komuter di Lembah Klang.
Dahulu:
1. i-card student : 50% diskaun komuter dan 40% diskaun untuk ETS
Kini:
1. i-card student : 40% diskaun ETS
2. Komuter Link Pelajar : 50% diskaun Komuter
(Diambil dari laman web KTMB)
Kiranya KTMB nak buat system 2 kad la sekarang ni. Nak mohon pun boleh buat online ja sekarang.
Klik DI SINI untuk permohonan online, kemudian pilih kad yang diperlukan (Kalau Student, Pilih yang student punya option)
Itu sahaja kut, saja nak clarify balik sebab KTMB buat system baru ni. Ada apa2 soalan boleh comment di bawah. Peace dan Assalamualaikum!
Saya dah buat permohonan utk komuter link..tapi tersilap isi..pastu dapat email suruh betulkan balik permohonan..masalahnya diruangn permohonon masih berstatus permohonan dalam proses n sampai sekarang tak der ruangn utk edit...������..smpai sekarang tak dpt nk buat lagi card..call pihak ktmb center tak angkat2 dah berhari-hari
ReplyDeletekalau ikut manual KTMB, lepas masukkan nombor kad pengenalan di ruangan semak permohonan, ada butang action, lepas tu bawah dia ada tulis continue. Ikut arahan yang dia bagi seterusnya
Deletedah siap buat yg card untuk ets baru tahu ada beza dgn komuter link hahaha btw thanks fr sharing this info . :)
ReplyDeleteSalam.. sy dah isi lebih 2 kali tapi bila klik continue dgn add attachment tu terus dia kata "transaction rejected. Unable to reach payment gateway". Tp bila check status sedang diproses. Hmm pelik 😑😑
ReplyDeleteSalam..saya nak tanye..biasenye ktm approve application kita bile ehh? Sbb saya dh apply on 3rd march
ReplyDeleteSalam permohonan sy pon ditolak. Dia kata ditolak dan da disertakan step2 pembetulan tapi step yang dia suruh betulkan tu takde pon.Bila kita semak status "Sedang diproses"
ReplyDeleteSalam...saya nak Tanya kenape saya x blh nak bukak link tu yee?
ReplyDeleteSaya nk tnya. Brapa bayaran utk kad komuter link pelajar? Dlm web xd tulis
ReplyDeleteKenapa xkeluar laman nak daftar ?
ReplyDeleteSaya dah apply online ,kene tunggu email ke? Card tu dia hantar kat alamat yg kita isi ke atau macam mana?
ReplyDeleteSaya dah apply online ,kene tunggu email ke? Card tu dia hantar kat alamat yg kita isi ke atau macam mana?
ReplyDeleteHaah, dia akan hantar ke alamat yang diisi dalam masa 14 hari bekerja.
DeleteSaya nk tanya, kad komuterlink boleh guna untuk ets tak?
ReplyDeleteTak boleh, hanya untuk komuter dekat KL je,
DeleteUntuk ETS kena apply i-card Student
Saya dah apply ktm i- card. ingatkan boleh utk komuter jugak. hehe. kalau nak mohon komuter link pun kena charge rm35 per year ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum.Nak tanya,saya asalnya apply ktmb-i sebab ingat untuk komuter juga boleh tapi bila baca blog ni baru tau dia untuk ets dan lembah klang saja.Macam mana nak tukar ke komuter link pelajar tu?
ReplyDeletebro boleh ke guna kad ktmb i card utk laluan lembah klang ? sbb dah terbeli ktmb i card tu
ReplyDeletekad komuter link tu berbeza ka dengan ets kad..means dia ada dua kad?
ReplyDeleteNak tanya kalau ktm komuter tu boleh ke swipe pakai ic kalau takda kad komuter link
ReplyDeleteMaksudnya kalau nak naik ktm komuter boleh ke touch pakai ic
Delete