Saturday, March 12, 2016

Pengalaman buat Student Card RapidKL 2016 (MYrapid Concession Card)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah dapat jugak buat post RapidKL student card nih. Bagi yang dah baca post saya sebelum ni, pasti tertunggu-tunggu post untuk RapidKL nih. Macam biasa,

APA KELEBIHAN BUAT STUDENT CARD RAPIDKL NIH?

Haa... meh tengok


Dapat DISKAUN 50% untuk Bus, Lrt , Bus Rapid Transit (BRT) Sunway Line dengan Monorail RapidKL. Perghh berbaloi2 brader kalau selalu guna perkhidmatan awam kat KL nih.Boleh tengok laman web myrapid sendiri ( www.myrapid.com.my/tickets-fares/concession-cards ). Tunggu lagi, jom kita buat!

PERKARA2 YANG PERLU DIBAWA UNTUK DIPROSES:
1. Dua borang Myrapid yang boleh didownload di sini.

2. Wang RM10 ( RM5 harga kad, RM5 preload dalam kad. Nak tambah kena reload la lepas tu)

3. Confirmation Letter dari Universiti kalau dah belajar di Uni.

Ramai yang tertanya2 pasai confirmation letter nih. Kalau KTMB i-student card haritu, ada format borang dah disediakan oleh pihak KTMB. Awai2 dulu pun saya pening jugak pasai confirmation letter nih. Ha mai saya nak terang.

Confirmation letter ni perlu untuk menunjukkan anda masih seorang pelajar di universiti yang berkaitan. Pi kat department anda ataupun student record office dan mintak confirmation letter dan kata untuk RapidKL. Macam saya, Unitar International University Kelana Jaya ada counter untuk pelbagai enquiries bagi semua student.
Hahaa sampai kena ambik nombor. Macam bank bhai. Alhamdulillah pi mintak confirmation letter dia bagi satu form kena isi. Hantaq hari tu jugak. Esoknya dah siap.
Contoh Confirmation letter. Sorry kabur sikit. Tapi boleh baca kot noh.

Dah siap semua form, kena pi stesen LRT Pasar Seni. Tang situ ja boleh buat student card nih. Leceh la sikit, tapi kena la ada usaha kan...
Turun-turun stesen lrt tu, sebelah setesen bas ada rumah kecil untuk RapidKL. Masuk2 ambik number, bagi borang, tunjuk I/C, setel.

Alhamdulillah time pi haritu x ramai sangat orang. Dapatlah setelkan semuanya dalam masa yang singkat. Tapi nak proses kad kena tunggu dua minggu, baru dapat. Hmm lama gak la. Nanti dah dapat kad saya upload gambar di sini ya.
Resit menunggu.
*UPDATE : nindia gambaq student card

Peace dan Assalamualaikum!

11 comments:

  1. Wajibkah bawa Offer Letter?
    Tunjuk student card takleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kena bawa dua2, student card dengan confirmation letter( college atau Universiti sahaja ). Confirmation letter bukan offer letter. Boleh tanya dekat College atau Universiti pasal confirmation letter ni. Rujuk laman web ni, http://www.myrapid.com.my/tickets-fares/concession-cards

      Delete
    2. Rasanya kena bawa dua2, student card dengan confirmation letter( college atau Universiti sahaja ). Confirmation letter bukan offer letter. Boleh tanya dekat College atau Universiti pasal confirmation letter ni. Rujuk laman web ni, http://www.myrapid.com.my/tickets-fares/concession-cards

      Delete
  2. Replies
    1. Rasanya kena renew setahun sekali, kalau ikut website myrapid. Saya cuma sempat guna kad rapid ni 8 bulan ja, tak pernah renew lagi 😀

      Delete
  3. sorry, apa kaitan ez function dgn 30 hari renewal? mmg kene byr 50 per monthh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu rasanya kad yang lama kut, Rapidpass Pelajar. Yang ni Myrapid Student. Renew Setahun sekali sampai habis belajar.

      Delete
  4. Nak tanya, bila pakai kad ni kat lrt, function dia macam touch n go sahaja ke or dia cek nama no ic semua bila kita guna kad ni?

    ReplyDelete