Thursday, March 3, 2016

Pengalaman membuat kad diskaun KTMB i-Card student 2016

Assalamualaikum!

   Sejak2 menghadiri Unitar International University, Kelana Jaya , banyak benefit yang saya peroleh sebagai seorang student. Mostly mendapat benefit diskaun untuk transportation. Saya tertarik untuk mencari alternatif lain untuk pulang ke kampung halaman di Permatang Pauh, Pulau Pinang kerana menaiki bas mengambil masa yang agak lama ( 4-5 jam ) dari Bandar Tasik Selatan ke Butterworth. Saya ada terbaca tren ETS KTMB hanya mengambil masa 3 jam 54 minit (roughly 4 jam) untuk ke Butterworth.

   Jika dahulu dengan hanya menunjukkan student card kita boleh mendapatkan diskaun, namun KTMB telah memperkenalkan i-Card student. Ini untuk mengelakkan pelajar yang telah tamat pengajian menyalahgunakan student card untuk mendapatkan diskaun. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat KTMB i-Card student ini.

APA KELEBIHAN KTMB i-CARD STUDENT INI?

   Jika anda menggunakan perkhidmatan komuter dan Intercity & ETS dengan kerap, maka kad ini berbaloi2 untuk anda. Rujuk rajah di bawah:    
   Diskaun ini layak untuk semua koc. Walaubagaimanapun, diskaun sebanyak 50% bagi perkhidmatan KTMB Komuter ini hanya tertakluk kepada pengguna KTMB i-Card Student di sektor Batu Caves - Port Klang dan Tanjung Malim / Rawang - Seremban / Gemas sahaja. Berbaloi kan? Jom kita buat!

PERKARA YANG PERLU DIBAWA

1. Salinan Kad pengenalan
2. Salinan student card
3. Borang KTMB
4. Borang pengesahan pelajar 
5. Wang RM31.80

BORANG MUKA HADAPAN

BORANG MUKA BELAKANG

SURAT PENGESAHAN PELAJAR

Dah siap isi, kena hantar ke KTMB. Memandangkan KL Sentral agak dekat dengan universiti saya, Saya terus ke kaunter KTMB di kaunter 9 & 10, Tingkat 2 , KL Sentral. Jika ke KL Sentral, kad akan disiapkan dalam masa sehari sahaja. 

   Namun, dalam sehari pihak KTMB hanya memproses 300 permohonan kad sahaja di KL Sentral. Kena pi awai2. Haritu saya pi pukul 10:30 pagi permohonan sudah ditutup. Frust betul. Kali kedua saya pi pukul 7:40 pagi. Tu pun jenuh beratur . Saya dapat no 50. Dalam pukul 12 tengahari sudah siap.

   Jika anda berada jauh dari KL Sentral, ini senarai stesen yang anda boleh hantar untuk diproses. Resit akan diberikan untuk rujukan mendapatkan diskaun. Pihak KTMB akan menghubungi permohonan yang berjaya diproses melalui telefon dan email.


Dah siap!! Style kan? Lepas ni boleh la naik tren ETS kerap-kerap.

Diharap perkongsian ini mampu membantu anda membuat KTMB i-Card student. Gunakan hak anda sebagai seorang student untuk mendapat benefit.

Nantikan perkongsian membuat student kad untuk RapidKL pula ya! Peace dan Assalamualaikum

**PROSES PERMOHONAN INI SAH PADA TARIKH POST INI DIBUAT

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam, skrg ni kan boleh apply thru online and byr pun online. so tak perlu bawa rm31.80 lah kan. lagi satu, apa beza ye kad komuter link dgn ktmb-i card student? benda sama ke lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la, dah boleh mohon online sekarang. KTMB baru upgrade kut. Tapi harga dah naik jadi RM35 kalau tengok dekat laman web KTMB. Boleh ke link ini untuk memohon http://staff.ktmb.com.my/i-card/card/index.php?module=utama

      Delete
    2. Ohh Komuter link dengan I-card student ni lain. Komuter link macam touch n go, digunapakai untuk laluan lembah klang sahaja. Kalau I-Card Student untuk ETS sahaja. Sistem baru. Boleh baca lebih lanjut dekat sini http://www.ktmb.com.my/ktmb/uploads/files/portal_dokumen/press_release/2016/SIARAN%20MEDIAKadPelajar2.pdf

      Delete
  3. Salam, nk tanya kalau dah ada ktmb - i card tu, then nk beli tiket memang kene beli dekat kaunter ea, kalau beli online takkan dapat diskaun ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online pun boleh rasanya, time nak 'add passenger' tu ada option ticket type, pilih i-student

      Delete
    2. Kalau sekarang nk buat i-card tu online je ea? boleh x nk buat kat kaunter terus, so boleh dapat kad tu hari tu jugak. Tapi saya check dkt laman ktmb dah x ade borang pengesahan tu

      Delete
  4. bila boleh dapat kalau kita mohon secara online ?

    ReplyDelete
  5. wahhhhhh first time jumpa orang yang sama tarikh lahir dengan ibu saya..ahahah... tapi kita sebaya

    ReplyDelete