Monday, March 14, 2016

Pengalaman menaiki tren ETS Kl Sentral ke Butterworth ( Yay or Nay?)

Assalamualaikum!

Memandangkan perkembangan teknologi dunia yang makin pesat, Malaysia turut mengikuti arus tersebut dengan membina tren eletrik daripada KTMB ( ETS ). Sebenarnya saya dah banyak kali naik tren ets ni balik rumah di Pulau Pinang. Posting kali ni adalah untuk berkongsi pengalaman saya menaiki tren ETS.

  Okay. Ada 2 cara nak beli tiket ETS ni. Antaranya ialah:
1. Online
2. Kaunter KTMB

 Kalau hampa sibuk, kalut, boleh la book tiket ETS ni secara online. Bukak page ni (https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx) kalau nak booking online.
Kena booking awai2 sikit, takut nanti tiket takdak.

  Memandangkan saya ada kad ktmb i- student, saya kena pi dekat stesen KTMB Kl Sentral untuk dapatkan diskaun. Ambik nombor sat ja, nombor akan dipanggil.
Seperti yang diberitahu oleh kak KTMB tu, harga tiket ETS Kl Sentral ke Butterworth ialah RM59. Tapi dengan adanya i- student card, harga dipotong menjadi RM39 ( RM20 hengget tuu..). Online x dapat. Takpa lah bersusah-susah dulu ya dak?

  Dah siap semua barang nak bawak balik, saya terus ke stesen KTMB Kl Sentral dari LRT Kelana Jaya. Seelok-eloknya, hadirkan diri 30 minit sebelum berlepas ( bukan apa, takmau kalut ja)

  Sampai2 ja, terus ke Gate B(tren yang ke utara). Kalau Gate A, tren yang ke selatan . Pastikan pintu gate anda dulu ya.

  10 minit sebelum perlepasan, pegawai KTMB akan lepaskan penumpang untuk turun ke bawah tanah. Ada seorang pegawai KTMB lagi yang bertugas untuk membantu penumpang mencari koc mereka.
 
   Masuk ja dalam train, tercari2 jugak tempat duduk. Tapi Alhamdulillah jumpak jugak. Koc yang paling hujung pulak tu. 

  Dalam tren, macam2 ada. Ada movie yang ditayangkan,( waktu saya naik tu cerita harry potter) , kafe makanan dan minuman ( koc C ) , surau (ha ada surau kot), tandas( oku punya pun ada) , dan macam2 lagi.






  Surau dalam tren ni pakai kompas, so kot mana dia tala, kot tu la kita solat. Alhamdulillah dapat solat jamak maghrib dengan isyak dalam tren ni. Sejadah dan kain telekung pun disediakan.

  Sedikit kelemahan kafe ni, harga makanan terlalu mahal. Air masak botol kecik rm2.10 😱. Beli roti laa sebelum naik tren.

  Perjalanan ke butterworth ambik masa 3 jam 53 minit. Kelajuan maksimum tren ETS nih boleh mencapai 160km/h.
 Kelajuan maksimum yang dicapai masa saya naik haritu. Boleh tahan la kann..

  Kalau anda seorang yang suka jalan dari koc ke koc, butang bukak pintu ni la yang paling seronok untuk ditekan ( hehehe )

Alhamdulillah naik pukul 6:35 petang, sampai pukul 10:43 malam. Sebab dah takdak bas ke Permatang Pauh, Ummi pun mai ambik.

  Hahaha konklusinya naik ETS ni memang berbaloi daripada naik bas dan kereta ( tol, masa dan lain2). Selesa, tenang, seronok, dan macam2 lagi lah. So, saya memilih yay untuk tren ETS nih. Itu saja untuk posting kali ni. Jumpa lagi! Assalamualaikum dan peace.

13 comments:

  1. Assalamualaikum. Mohon izin menggunakan gambar surau ETS dalam blog tuan untuk masuk artikel saya (persendirian; belum publish lagi).

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Boleh. Sekali masuk 2 orang. Memang sesuai kalau perempuan masuk boleh lock dulu untuk solat

      Delete
  3. Thanks, sy nk ke Butterworth esok. Ets dr seremban ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Harga kalau tak silap RM70. Boleh check dengan KTMB semula

      Delete
  4. Salam.warga emas dapat diskaun tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tunjuk kad pengenalan semasa membeli tiket ETS. Boleh rujuk di http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/left&id=WjFUdFBURTV0Zis0N0NxYm05Qk9XQT09&sub=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09

      Delete
    2. Ada. Tunjuk kad pengenalan semasa membeli tiket ETS. Boleh rujuk di http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/left&id=WjFUdFBURTV0Zis0N0NxYm05Qk9XQT09&sub=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09

      Delete
  5. Drpenang ke kl sentral plak nak naik ikut gate mana

    ReplyDelete
  6. Drpenang ke kl sentral plak nak naik ikut gate mana

    ReplyDelete
  7. Salam, no. seat dalam ets tengok di mana ya? Susah pulak nanti takut tak jumpa 😅

    ReplyDelete