Sunday, July 31, 2016

Set Samsung 4G smartphone untuk menggunakan hanya 4G LTE connection

Assalamualaikum!
Hari ni saya nak bagi tunjuk ajar tentang bagaimana nak setkan samsung smartphone anda untuk hanya menggunanakan 4G LTE connection( bagi yang support 4G LTE connection ). Kadang2 line smartphone kita suka tukar2 dari 4G LTE ke H+ dan 3G kemudian 4G LTE balik.
Jika kita buka setting untuk mobile data, pilihan yang diberi untuk hanya gunakan connection hanyalah WDCMA dan GSM sahaja, tiada pilihan untuk hanya 4G LTE. ( rujuk gambar dibawah )

 Sebenarnya ada cara untuk kita set bagi 'memaksa' samsung smartphone kita untuk gunakan hanya line 4G.


Perkara yang perlu ada:
1. Samsung smartphone yang support 4G LTE connection.
2. 4G LTE simcard ( rujuk kepada supplier simcard anda)
3. Berada di kawasan lingkungan 4G LTE connection.

Cara2 untuk set hanya 4G LTE connection:
1. Buka dialler dan dial *#2263#
2. Akan muncul pilihan seperti di bawah. Pilih pada pilihan 4 (LTE band part 1)

3. Pilih pilihan 1 (LTE ALL)

4. Pilih Select LTE All Bands
Selesai! Kini smartphone anda hanya akan menggunakan connection 4G LTE. 

TUKAR KEMBALI KE ALL CONNECTION
Setelah melakukan langkah ini, apabila anda ke kawasan yang tiada connection 4G LTE, telefon anda tidak akan berfungsi, kerana tiada line 4G LTE. Anda boleh merevert kembali ke all connection dengan memilih automatic pada langkah 2 dan pilih select all bands. 
Ini membolehkan smartphone anda memilih connection yang disediakan di kawasan anda.

*tested working on Samsung Galaxy Note 4 with Android Marshmallow 6.0.1 

Harap ini dapat membantu menstabilkan connection 4G LTE di smartphone anda.

Terima kasih kerana membaca dan Assalamualaikum😀.




No comments:

Post a Comment